Tel: 09-4717075 Emel:sksungaitekam@yahoo.com Website: http://www.skstekam.webs.com
Info Sekolah
- SK(F)Sungai Tekam
- Jerantut, Pahang, Malaysia
- Mula beroperasi pada tahun 1964. SK(F)SG.Tekam akan menyambut Jubli Emas pada tahun 2014.Kepada semua bekas pelajar sekolah ini, bolehlah mendaftarkan diri sebagai ahli alumni sekolah di laman web sekolah iaitu http://www.skstekam.webs.com atau di Facebook (SK Sungai Tekam)
Wednesday, September 8, 2010
Monday, September 6, 2010
Pertukaran Guru & Kemasukan Ting.1 ke SBP
http://apps.emoe.gov.my/epgo/
Kemasukan Tingkatan 1 ke Sekolah Berasrama Penuh. Tarikh Tutup Permohonan 15 Oktober 2010.
http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2010/
Friday, August 20, 2010
Wednesday, August 18, 2010
Selamat Berpuasa
Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Syarat Wajib Puasa
- Berakal
- Akhir Baligh (Cukup umur)
- Kuat atau mampu mengerjakan puasa
Syarat Sah Puasa
- Islam
- Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
- Suci daripada haid dan nifas
- Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
Rukun Puasa
- Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
- Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
Perkara Yang Membatalkan Puasa
- Makan dan minum dengan sengaja
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
- Keluar darah haid atau nifas
- Gila
- Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
- Orang yang sakit
- Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
- Orang tua yang sudah lemah
- Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
Kemudian antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
- Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
- Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
- Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
- Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
- Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
- Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
- Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
- Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
- Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
- Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
- Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
- Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
- Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
- Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
- Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
- Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
- Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
- Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
- Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
- Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
- Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
- Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
- Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
- Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
- Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
- Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
- Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
- Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
- Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
- Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Friday, August 6, 2010
Pekhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2010
Tarikh: 6,7,8 ogos 2010
Masa : 2.30 petang Jumaat - 1.00 tengahari Ahad
Tempat: Tapak Perkhemahan (Padang SKST)
Perasmian Penutup: En. Firdaus B. Hj Shuib
(Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut)
Aktiviti:: Mendirikan khemah, Penghayatan Alam Sekitar, Jungle Trekking, Eklsporasi jejak-Sejarah Pahlawan Mat Kilau, Pertandingan Kawad Kaki, Malam Kebudayaan, Pertandingan Memasak, Pertandingan Gubahan dan Sebagainya.
Thursday, August 5, 2010
Hari Kantin 2010
Tuesday, July 27, 2010
Friday, July 23, 2010
Wednesday, July 21, 2010
Bengkel aDap (Science) Anjuran Utusan Malaysia
Pada 21 Julai 2010 (Rabu)
Bertempat di dewan sekolah
Sekolah lain yang terlibat sama ialah SK Pulau Tawar, SK Perian, SK PPPTR, SK Kota Gelanngi 1 dan SK Kota Gelanggi 2.
Pelajar yang terlibat ialah pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
Semoga bengkel yang dianjurkan ini dapat meningkatkan tahap pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Sains.
Friday, July 16, 2010
Thursday, July 15, 2010
Pertandingan Penulisan Sajak
- Untuk mengasah bakat dan kreativiti pelajar serta warga pendidik dalam menyampaikan mesej memerangi dadah.
- Memberi kesedaran kepada masyarakat akan bahaya dan ancaman dadah kepada kesejahteraan hidup.
- Melahirkan masyarakat pelajar dan warga pendidik yang berbudaya.
TARIKH PERTANDINGAN
Pertandingan akan bermula pada 26 Jun 2010 dan tamat pada 31 Ogos 2010.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
- Tema sajak "1Malaysia Membanteras Dadah"
- Sajak mestilah menggunakan Bahasa Melayu dan perlu mempunyai tajuk.
- Sajak yang dihantar mestilah menggunakan Font Arial, 11 dengan sapcing 1.5.
- Berikut adalah kategori yang dipertandingkan:
- -Kategori Pelajar Sekolah Rendah
- - Kategori Pelajar Sekolah Menengah
- - Kategori Dewasa (Guru, Kakitangan, Pegawai PPD & JPN)
- Karya yang dihantar mestilah asli dan bertetapan dengan terma yang ditetapkan oleh penganjur serta tidak mengandungi unsur-unsur sensitif.
- Bilangan penyertaan adalah tidak terhad.
- Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk urusan penyampaian hadiah dan nama-nama pemenang juga akan diumumkan dalam blog : http://pahangppda.blogspot.com
- Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak penganjur di dalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
- Pihak penganjur akan melantik panel penilai yang bebas bagi menentukan karya-karya yang sesuai untuk diangkat sebagai pemenang dan diberi hadiah. Segala keputusan panel penilai adalah muktamad.
HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI
Pertama: Hadiah bernilai RM 150.00, Sijil dan Plak
Kedua: Hadiah bernilai RM 100.00, Sijil dan Plak
Ketiga: Hadiah bernilai RM50.00, Sijil dan Plak
CARA MENGHANTAR PENYERTAAN
- Karya harus dilengkapi maklumat peribadi seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon, Nama Sekolah/Pejabat dan Alamat Rumah.
- Karya boleh dihantar secara Online melalui Email: ppdapahang@yahoo.com atau hantar ke alamat berikut:
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Jabatan Pelajaran Pahang
25200 Kuantan
Tel: 09-5715928
Fax: 09-5715921
(U.P: En. Abdulla Sani/En. Wan Muhamad Azan)
Tuesday, July 6, 2010
Perlawanan Persahabatan Bola Jaring
Wednesday, June 30, 2010
Pertandingan Badminton
Hari ini, 30 Jun 2010 (Rabu) akan diadakan perlawanan badminton antara warga sekolah (wanita sahaja) dengan beliawanis Sungai Tekam. Bertempat di Dewan Felda Sungai Tekam, jam 5petang. Semua guru, staf dan murid dijemput hadir untuk memberi sokongan terhadap wakil sekolah. Semoga berjaya kepada warga sekolah. Jumpa di sana.
Blog Sekolah Berwajah Baru
Friday, May 21, 2010
Pusat akses Wifi di desa, Utusan 21 Mei 2010
Oleh OPAT RATTANACHOT uspetani@utusan.com.my
BALING 20 Mei - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mewujudkan pusat akses Wifi di setiap kampung di seluruh negara bagi membolehkan rakyat menikmati kemudahan Internet percuma dalam tempoh terdekat.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, pusat akses yang melibatkan kos kira-kira RM11,000 setiap satu itu akan dipasang di dewan atau balai raya serta premis kerajaan yang mempunyai talian telefon dan sambungan jalur lebar.
Katanya, langkah yang diambil berkenaan bertujuan meningkatkan kadar penembusan jalur lebar kepada 50 peratus pada penghujung tahun ini berbanding 35 peratus kini.
"Pusat akses ini diwujudkan di setiap kampung. Kita sedang kaji kesesuaian untuk memasangnya di premis kerajaan sedia ada dan tidak melibatkan pembinaan bangunan baru.
"Melalui pendekatan ini, penduduk yang berada sekitar satu hingga dua kilometer dari pusat akses di kampung masing-masing boleh mendapatkan sambungan percuma kepada komputer mereka," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Pewaris Muda Anak Angkat di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Abdullah Morad dan Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Menurut Rais, pemasangan pusat akses Wifi terbabit juga sebahagian daripada Sistem Galakan Komunikasi yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Katanya, buat masa ini, beberapa kampung di Melaka dan Negeri Sembilan dipilih untuk dipasang pusat akses Wifi sebagai perintis projek.
"Selepas ini, SKMM akan menjalankan kajian dan mendapatkan maklum balas daripada pemimpin setempat mengenai kesesuaian memasang pusat akses Wifi di kawasan masing-masing," jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, projek pengagihan sejuta komputer peribadi dan komputer riba di seluruh negara sudah dimulakan sejak bulan lalu.
Katanya, pengagihan komputer tersebut khususnya kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan pemimpin tempatan akan meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
"Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengagihan komputer, kita akan mengedarkan borang tinjauan kepada pemimpin peringkat bahagian dan cawangan untuk menentukan mereka yang layak diberi komputer," katanya.
"Beberapa kriteria ditetapkan antaranya pelajar terbabit mestilah menunjukkan prestasi akademik yang baik sebelum diberikan bantuan komputer percuma," ujarnya.
Pada Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk mengagihkan komputer dan komputer riba kepada pelajar yang kurang mampu di negara ini.