Info Sekolah

Jerantut, Pahang, Malaysia
Mula beroperasi pada tahun 1964. SK(F)SG.Tekam akan menyambut Jubli Emas pada tahun 2014.Kepada semua bekas pelajar sekolah ini, bolehlah mendaftarkan diri sebagai ahli alumni sekolah di laman web sekolah iaitu http://www.skstekam.webs.com atau di Facebook (SK Sungai Tekam)

Tuesday, July 27, 2010

PKSR 3 (27-29 Julai 2010)

Selamat Menduduki Peperiksaan PKSR 3 dan Peperiksaan Percubaan UPSR 2010
Pada 27-29 Julai 2010
Semoga berjaya diucapkan kepada semua pelajar

Friday, July 23, 2010

Wednesday, July 21, 2010

Bengkel aDap (Science) Anjuran Utusan Malaysia

SK(LKTP)Sungai Tekam menjadi tuan rumah untuk Bengkel aDap (Science) Anjuran Utusan Malaysia Tahun 2010
Pada 21 Julai 2010 (Rabu)
Bertempat di dewan sekolah
Sekolah lain yang terlibat sama ialah SK Pulau Tawar, SK Perian, SK PPPTR, SK Kota Gelanngi 1 dan SK Kota Gelanggi 2.
Pelajar yang terlibat ialah pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
Semoga bengkel yang dianjurkan ini dapat meningkatkan tahap pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Sains.

Friday, July 16, 2010

Thursday, July 15, 2010

Pertandingan Penulisan Sajak

PERTANDINGAN PENULISAN SAJAK
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
JABATAN PELAJARAN PAHANG
LATARBELAKANG
Pertandingan Penulisan Sajak Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2010 diadakan sempena Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa yang disambut pada 26 Jun setiap tahun. Program ini juga adalah kesinambungan daripada Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan yang telah disambut pada 19 Februari yang lalu.
OBJEKTIF
  • Untuk mengasah bakat dan kreativiti pelajar serta warga pendidik dalam menyampaikan mesej memerangi dadah.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat akan bahaya dan ancaman dadah kepada kesejahteraan hidup.
  • Melahirkan masyarakat pelajar dan warga pendidik yang berbudaya.

TARIKH PERTANDINGAN

Pertandingan akan bermula pada 26 Jun 2010 dan tamat pada 31 Ogos 2010.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  • Tema sajak "1Malaysia Membanteras Dadah"
  • Sajak mestilah menggunakan Bahasa Melayu dan perlu mempunyai tajuk.
  • Sajak yang dihantar mestilah menggunakan Font Arial, 11 dengan sapcing 1.5.
  • Berikut adalah kategori yang dipertandingkan:
  • -Kategori Pelajar Sekolah Rendah
  • - Kategori Pelajar Sekolah Menengah
  • - Kategori Dewasa (Guru, Kakitangan, Pegawai PPD & JPN)
  • Karya yang dihantar mestilah asli dan bertetapan dengan terma yang ditetapkan oleh penganjur serta tidak mengandungi unsur-unsur sensitif.
  • Bilangan penyertaan adalah tidak terhad.
  • Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk urusan penyampaian hadiah dan nama-nama pemenang juga akan diumumkan dalam blog : http://pahangppda.blogspot.com
  • Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak penganjur di dalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
  • Pihak penganjur akan melantik panel penilai yang bebas bagi menentukan karya-karya yang sesuai untuk diangkat sebagai pemenang dan diberi hadiah. Segala keputusan panel penilai adalah muktamad.

HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI

Pertama: Hadiah bernilai RM 150.00, Sijil dan Plak

Kedua: Hadiah bernilai RM 100.00, Sijil dan Plak

Ketiga: Hadiah bernilai RM50.00, Sijil dan Plak

CARA MENGHANTAR PENYERTAAN

  • Karya harus dilengkapi maklumat peribadi seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon, Nama Sekolah/Pejabat dan Alamat Rumah.
  • Karya boleh dihantar secara Online melalui Email: ppdapahang@yahoo.com atau hantar ke alamat berikut:

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah

Jabatan Pelajaran Pahang

25200 Kuantan

Tel: 09-5715928

Fax: 09-5715921

(U.P: En. Abdulla Sani/En. Wan Muhamad Azan)

Tuesday, July 6, 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring

Hari ini, 6 Julai 2010, satu perlawanan persahabatan bola jaring akan diadakan antara warga sekolah melawan beliawanis Felda Sungai Tekam. Jam 5.30 petang bertempat di padang sekolah. Semoga berjaya diucapkan kepada pasukan sekolah. Mari ramai-ramai hadir ke padang untuk memeriahkan suasana.